Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Mujahid Islam

HomeAbout MeMay 16, 2007
.
NoteGuestbook
   
abuislam wrote on May 22, '07
Wa'alaikumussalam... syukran jadzilan di atas pandangan dan komentar mengenai artikel yang dibaca. Alhamdulillah semoga Allah mengolongkan kita supaya sentiasa berada dalam saff perjuangan menengakkan Agama Allah SWT.

Beberapa perkara yang ana nak berikan sedikit ulasan atau penjelasan mengenai peranan BPM ini di setiap kampus mahupun di peringkat kawasan. Sebelum itu ana nak membawa sidang pembaca, untuk memperingatkan diri kita!! Apabila mengulas sesuatu perkara ada baiknya disertai dengan dalil dan nas yang sahih daripada mana-mana sumber, yang penting berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Apa pun ana berfikiran positif terhadap apa yang dilontarkan semoga ianya dapat dijadikan sandaran. Mengenai BPM, "Mengapa Pentingnya Kita Merancang Untuk Alam Perkahwinan dan Seperlunya Kita Berkahwin Di masa Muda" Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam kitabnya Fatwa-Fatwa Terkini, mengikut putaran zaman moden kini, remaja/pemuda/i sering diracuni oleh penjajah fikiran(Barat) ataupun dalam bahasa arab "Huzwatul Fikri" dengan maksiat yang berleluasa sehinggakan semua pemuda/i terjebak dengan kanca maksiat, serpihan daripada penyakit ini juga terkena kepada golongan yang sentiasa mendokong gerakan Islam. Oleh itu, pemuda/i seharusnya menyediakan diri untuk berkahwin awal bagi memastikan diri/maruah terselamat daripada penyakit ini. Melalui pandangan syaikh Abdul Aziz tadi dapatlah ana simpulkan bahawa persoalan ekonomi belum kukuh,belum bekerja dan sebagainya merupakan persolan kedua yang perlu dipesoalkan, yang penting penjagaan terhadap maruah dan pandangan mata dijadikan persoalan yang pertama. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran bermaksud "katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara maruahnya dan demikian itu lebih suci bagi mereka" Surahtul Nur Ayat 30. Merujuk kepada ayat Allah SWT betapa pentingnya seorang muslim menjaga kehormatan diri dan maruah, Menurut ulama masa kini yang pakar dalam bidang Fiqh Alawiyyat, bagi seorang yang belum berkahwin maka seharusya dipercepatkan perkahwinan tersebut bagi membentengi segala maksiat yang akan berlaku ke atas diri seorang muslim. Selain itu juga, ana nak menjawab beberapa perkara yang sering ditimbulkan oleh golongan kaum hawa terutamanya mengenai masalah ekonomi si lelaki tidak kukuh? masih study lagi? masih muda lagi? dan lain-lain. Bagi yang mengaji dalam usul fiqh pasti mereka akan faham dan dapat menjawab persoalan yang ana timbul sebentar tadi. Sirah An-Nabawi telah melihatkan di mana ada seorang sahabat nabi yang miskin berjumpa dengan Rasulullah SAW, sahabat nabi ini ingin meminta panduan/dustur daripada Rasulullah SAW untuk kaya "Ya Rasulullah, aku ini miskin dan tidak ada apa pada diriku yang bernilai, oleh itu berikanlah aku panduan untuk menjadi kaya, Rasulullah SAW menjawab; berkahwinlah engkau nescaya Allah akan membukakan pintu rezekimu".Ana merasa nas dan dalil ini telah menjawab segala persoalan kaum hawa tadi dan ana harap selepas ini kaum Hawa boleh mengubah presepsi terhadap kaum Adam!! Bagi ana, jalan penyelesaian untuk mujahid muda Islam terselamat daripada fitnah dan maksiat, amat wajar untuk merancang perkahwinan, dan carilah yang sekufu agar kehidupan berumahtangga menjadi terjamin dan bahagia.

Walaupun tidak dapat memberi komitmen secara total, kita boleh menyertai badan-badan NGO Islam yang seiringan
dalam perjuangan Islam. Tidak semestinya masuk ke dalam 'parti islam'!

Insya Allah ana akan ulas beberapa perkara yang cukup penting mengenai "Mengapa Aku Wajib Berada Dalam Parti Islam Masa Kini" pada artikel yang akan datang. syukran jadzilan sekali lagi di atas sumbangan dan pandangan yang diberikan pada artikel yang ana tulis ini, semoga sidang pembaca dapat manfaat yang cukup penting di dalam kita nak mengembangkan arena dikusi ilmiah di dalam sistem komunikasi masa kin. Jazakamallahu Khairan Kathiraa. Wallahualam....

.
.
.